Prolog Kenapa Saya Buat Blog Ini?
Foto sebenar Sheikh Abdul Hamid Pengarang Kitab Attib Wal-Hikmah iaitu Pengasas Minyak Morhabshi 📜 Entri 1: Kitab yang Disusun Tokwan Beberapa bulan sebelum Tokwan pergi meninggalkan dunia, saya dan isteri sempat menziarahi beliau di Maahad Islamiyah Derang, Kedah. Ketika kami tiba, Tokwan sedang tekun menyusun helaian kertas di ruang tamu kecil. Saya cam benar kertas-kertas itu. Kitab At-Tibb wal-Hikmah – kitab karangan Tokwan sendiri yang pernah saya lihat satu ketika dulu. Saya tanya, “Tokwan buat apa tu?” Tokwan jawab dengan ringkas, “Nak jual la kitab ni.” Saya tak terkejut dengan jawapan tu tapi dengan jawapan selepas itu apabila saya bertanya: “Berapa Tokwan nak jual?” Tokwan senyum, “Hang jual la… RM5.” Saya terdiam. Dalam hati saya kata, kos cetak pun lebih kurang RM5, mana ada untung? Tapi Tokwan bukan sedang berkira untung dunia. Beberapa bulan kemudian, Tokwan dipanggil pulang ke rahmatullah. Barulah saya sedar — Tokwan bukan sedang berniaga, Tokwan sedang menabung sa...
Comments
Post a Comment