Prolog Kenapa Saya Buat Blog Ini?


Foto sebenar Sheikh Abdul Hamid Pengarang Kitab Attib Wal-Hikmah iaitu Pengasas Minyak Morhabshi 


📜 Entri 1: Kitab yang Disusun Tokwan


Beberapa bulan sebelum Tokwan pergi meninggalkan dunia, saya dan isteri sempat menziarahi beliau di Maahad Islamiyah Derang, Kedah. Ketika kami tiba, Tokwan sedang tekun menyusun helaian kertas di ruang tamu kecil.


Saya cam benar kertas-kertas itu. Kitab At-Tibb wal-Hikmah – kitab karangan Tokwan sendiri yang pernah saya lihat satu ketika dulu. Saya tanya,


“Tokwan buat apa tu?”


Tokwan jawab dengan ringkas,


“Nak jual la kitab ni.”


Saya tak terkejut dengan jawapan tu tapi dengan jawapan selepas itu apabila saya bertanya:


“Berapa Tokwan nak jual?”


Tokwan senyum,



“Hang jual la… RM5.”


Saya terdiam. Dalam hati saya kata, kos cetak pun lebih kurang RM5, mana ada untung?


Tapi Tokwan bukan sedang berkira untung dunia.


Beberapa bulan kemudian, Tokwan dipanggil pulang ke rahmatullah.


Barulah saya sedar — Tokwan bukan sedang berniaga, Tokwan sedang menabung saham akhirat.


Rasulullah SAW bersabda:


“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.”


Tokwan telah menulis, menyusun, dan mencetak sendiri sebuah kitab perubatan yang bukan sekadar tentang herba dan ubat, tetapi tentang akidah dalam berubat, tentang hikmah berubat secara Islam, tentang iman yang tidak tergadai dalam mencari sembuh.


Saya dan isteri sempat bantu Tokwan menyusun helaian kitab itu malam itu. Sebelum balik, Tokwan hadiahkan saya beberapa naskhah. Saya hulur duit setimpal dengan jumlah kitab yang saya ambil. Tapi saya tahu — nilai ilmu itu jauh lebih tinggi daripada harga kertas.


Dan hari ini, saya rasa tanggungjawab itu kembali kepada saya.


Untuk menyambung usaha Tokwan.

Untuk menjadikan ilmu dalam kitab ini hidup.

Dan untuk berkongsi warisan ini kepada semua — sambil memperkenalkan kepada dunia: Minyak Morhabshi.




“Kitab ini tidak dijual untuk kaya. Ia ditulis untuk membawa kita semua kepada Yang Maha Kaya.”



Disediakan oleh Cheguman. 


Cheguman juga blogger:

Blog Morha Dermags https://morhadermags.blogspot.com

Blog Aromaterapi https://aromaterapimorha.blogspot.com

Blog Morha Vmart https://morhavmart.blogspot.com

Blog Morhabshi https://blog-morha.blogspot.com



Comments

Popular posts from this blog

Hadiah Khas daripada Morha

Ramuan Menambah Air Mani